Letupan Besar Di Lubnan Mengerikan
Beirut: Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 27 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan), letupan itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.
Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.
Akibat daripada letupan yang dipercayai berlaku di pelabuhan itu, beberapa bangunan di sekitar kawasan tersebut termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang dilihat musnah serta mengalami kerosakan teruk.
Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.
Letupan berkenaan di kawasan pelabuhan ibu kota itu dengan gegaran kuat boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi kejadian.
Terdapat rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan mengakibatkan kepulan asap tebal, api marak dan menggegarkan bangunan di ibu kota.
Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.
Kebanyakan daripada mereka menyangkakan insiden itu berpunca daripada gegaran kuat akibat gempa bumi.
Semoga Lubnan dan rakyatnya tabah menghadapi ujian besar ini.
sumber:harian Metro

No comments:
Post a Comment